02 January 2011

Detik Waktu

Detik masa yg berlalu bagaikan tidak terasa perginya. Dunia semakin hari semakin sibuk dan alpa dgn kelazatan yg diciptakan manusia itu sendiri tnpa menyedari akn dunia yg bakal fana' ini. Mereka angkuh dan bongkak dgn apa yg mereka miliki sehinggakn sanggup menindas insan-insan yg tidak berdosa. Detik masa yg berlalu mengingatkn bahwa masa yg berlalu itu mendekatkn diri dgn saat-saat kematian. Andai dirasakn bekalan yg bakal dibawa ke sana tidak dirasakn cukup utk diri, tambah-tambahkanlah amalan itu. Semoga dgnnya dpt membantu kita pabila disana. Semoga amalan yg dilakukan ikhlas kerana Allah s.w.t. dan diterima olehNya.
InsyaAllah~



DETIK KEMATIAN

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?