27 January 2012
Al-Quran Membangun Insan Mulia
Posted by "BuDaK kEciK"
22 October 2011
SAMTiSH - 42 CALON BAKAL MUMTAZ STAM 2011

Posted by "BuDaK kEciK"
BERHATI-HATI DGN KAFIR LAKNATULLAH!
PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.
Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.
Posted by "BuDaK kEciK"
31 July 2011
harga seorang wanita
wanita lebih mudah jika dalam erti kata lain diibaratkan spt makanan yg dijual di gerai2 or food court or restoran..
Posted by "BuDaK kEciK"
20 May 2011
Kepayahan Meniti Kesenangan
sufiyyah: ibu, kenapa susah utk kte berjaya??
ibu: knpa sufiyyah ckp mcm tu?? di sebalik kesusahn tu kn dh dijanjikn nikmat utk iaitu berjaya..
sufiyyah: tp, sufi rase penat & bosan dgn kesusahan..
ibu: sufiyyah ank ibu, cube sufiyyah bayangkn kalau sekarg ni ibu tak masak, sufiyyah dpt tak makan yg sedap2??
sufiyyah: tak, tak de masakan yug sedap mcm ibu masak.
ibu: ok, skrg ibu nak sufiyyah fikirkn baik2 apa yg ibu cakap. cube sufi bayangkan kesusahan utk sufi makan. sufi kelaparan skg ni & sufi cari makanan kt dapur tp tak de. jd, sufi ikhtiar utk masak. sufi keluarkan semua bahan2 yg leh sufi gune utk memasak. dgn penuh jerih perih, sufi masak bahan2 tersebut. tp iman sufi terduga apabila tangan sufi terkena percikan minyak, namun tak sedikit pun sufi goyah krn sufi hanya memikirkn perut sufi yg kosong masa tu. sufi teruskn jugak memasak. selps siap masak, sufi hidangkn mknan ats meja. sebelum makan, sufi berasa getir sbb sufi kna tarik kerusi nak duduk. akhirnya, kejayaan utk sufi kenyang terhasil apabila sufi berjaya menyuapkn butir2 nasi yg terakhir ke dalam mulut. dgn penuh bangga sufi mengucapkn ALHAMDULILLAH kerana nikmat kejayaan selepas terpaksa bersusah payah utk menjadi kenyang.
sufiyyah: wahhh! ibu da buat sufi rase nk berjaya.
ibu: yeke. bagus mcm tu. dah, pergi sambung study tp ingt ye syg belajar ni bukan krn nak exam, tp krn ilmu Allah.
sufiyyah: terima kasih, ibu. pesan ibu akn sufi ingt sampai ble2. sufi syg ibu!
ibu: ibu pn sayang sufi jgak (kata ibu smbil tersnyum)
begitu hebat & besar impak apa yg kita lakukan jika kita kaitkn dgn kejayaan.
SELAMAT BERAMAL~!
relatekn KEPAYAHAN utk BERJAYA dgn KESUSAHAN utk mndptkn NIKMAT KEKENYANGAN..
Posted by "BuDaK kEciK"
15 April 2011
Kemahiran Amal Islami Zon 2..
Secicip kenangan KAMIL di SAMTAK pd 14/4/2011 dlm prjuangan mengharumkn nama sek SAMTS Hisamuddin walaupn kurg brjaye.. namun kegagalan kami adlh pmbakar semangat utk terus berdakwah.. biarlah kami gagal disini, kerna belum tentu kami gagal disane..
Menang Berda'wah, Kalah Bermaruah!



Posted by "BuDaK kEciK"
01 March 2011
no topic ....
rasenye smpai sini dulu jela entry kali ni.. insyaAllah andai kte dberi kelapangan, kte akn post ape2 entry lg..
selamat membaca dan beramal =)
Posted by "BuDaK kEciK"
02 January 2011
Detik Waktu
InsyaAllah~
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
Posted by "BuDaK kEciK"
25 July 2010
..PERJUANGAN..
hatimu sering melakar nestapa,,,
tingkahmu pula mengundang lara,,,
bukan kerna menagih kasihan,,,
tapi,,,
kau mengharapkan penjelasan,,,
mengapa kau menjadi mangsa KEZALIMAN???
mengapa kau menjadi mangsa KERAKUSAN manusia???
mengapa kau menjadi mangsa KEGILAAN manusia terhadap dunia???
Anak-anak Palestin,,,
Jangan sekali kau berputus asa,,,
walau kami tidak bisa membantumu,,,
walau kami tidak bisa berjuang denganmu,,,
walau kami tidak bisa merasa apa yang kau lalui,,,
ingatlah,,,
kami sentiasa bersamamu...
Wahai anak bangsaku,,,
di mana kalian sekarang???
apa yang sedang kalian lakukan sekarang???
BANGUN wahai bangsaku!!!
BANGUN!!!
AYUH kita bersama-sama berjuang bersama mereka!!!
ikhlaskan hati kita kernaNYA,,,
bersama kita menentang KEZALIMAN,,,
bersama kita menentang KEKEJAMAN,,,
bersama kita mengangkat senjata,,,
dengan ILMU yang kita miliki,,,
agar SYAHID kita disisi-Nya...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Posted by "BuDaK kEciK"
24 July 2010
HYPOTHESIS..
Semakin bertambah usia kita,, semakin dekat diri dgn kematian,, semakin banyak amalan yg perlu dilakukan,, semakin sedikit amalan yg melekakan.. segalanya utk kita dapatkn...
SECEBIS KEREDHAAN yg memerlukn sebuah PENGORBANAN yg disusuri dgn KETAQWAAN....
Posted by "BuDaK kEciK"
31 January 2010
KESIHATAN : KANSER PAYUDARA
MENGENALI BARAH PAYUDARA
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
APAKAH YANG MENYEBABKAN BARAH PAYUDARA
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).
Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.
Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.
Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.
Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA
Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)
Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara
Perbezaan geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika (sila lihat Barah Payudara - Permasaalahan serius)
Riwayat kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
Riwayat keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.
Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui.
Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85%
Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser payudara.
Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal.
Adanya riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.
Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.
Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.
Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku
Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik
Status socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan
Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.
Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.
Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan.
Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti.
Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya.
Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.
TAHAP BARAH PAYUDARA
Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.
Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.Posted by "BuDaK kEciK"
25 December 2009
..bidadari..
Muslimat sekalian, hayatilah bait-bait lirik lagu ni,, Moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah dan..Teruskan usaha menjadi Wanita Solehah..BIDADARIBidadari, bidadari,
Temanilah resahku,
Bidadari, Bidadari,
Tenangkanlah jiwaku..
Sumpah setia hidup mati,
Selamanya,
Kerana kau isteriku,
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku..
Bidadari, bidadari,
Jadilah pendampingku,
Bidadari, bidadari,
Jadilah sang setia..
Kerna cinta suci,
Buktinya dak pernah sepi,
Sepi dari cubaan yang tak terduga..
Kau umpama bintang tiutara,
Penunjuk jalan yang terang,
Kau beri harapan saat ku jatuh,
Bangun semula..Dan berikan cinta saktimu,
Penawar racun berbisa,
Dan ikatan cinta abadi hanya di SYURGA...
Posted by "BuDaK kEciK"
29 November 2009
Rahmat di sebalik Musibah
WAHAI Mujahid dan Mujahidah, sedarlah kamu bahawa musibah merupakan satu rahmat. Musibah bukan satu penyiksaan tapi musibah merupakan jalan untuk kita menghampiri Allah 'azza wajalla.
Iman kepada Qada' dan Qadar Allah adalah asas utama untuk bersikap positif apabila ditimpa musibah. Jika musibah yang menimpa diri dianggap sebagai ketidakadilan Allah, bererti iman orang tersebut belumlah memadai, pengertiannya terhadap agama belum mencukupi.
Di dalam Al-Quran ada menyebut: "Dan terdapat manusia yang menyembah Allah dan menempatkan dirinya di bahagian tepi, jika ia beroleh kebaikab maka tenteramlah hatinya, tapi jika ia diuji dengan musibah, maka ia berputar ke belakang, maka rugilah ia di dunia dan akhirat. Demikianlah kerugian yang nyata." (Surah Al-Hajj: 11)
1. TIDAK SEMUA MUSIBAH BERERTI KEMURKAAN ALLAH
- Musibah menurut Islam mempunyai makna serta pengertian yang luas. Tidak setiap musibah bererti kemurkaan dari Allah, sebagaimana tidak setiap nikmat adalah ujian daripada Allah. Ini terserah kepada sejauh mana keimanan manusia menerimanya.Firman Allah SWT yang bermaksud: " Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan denagn berkata: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang sebelum mereka, nescaya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)
2. UJIAN PENGHAPUS DOSA
- Allah telah menjadikan musibah sebagai tangga untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang yang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Terdapat hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan musibah yang paling buruk, kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala besar.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Semua yang menimpa orang Islam, seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk dari duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)
- 3 Berita Gembira bagi orang-orang yang sabar:
** Beroleh rahmat dari Allah.
** Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).
3. KEKUATAN IMAN MERINGANKAN UJIAN
- Bagi meringankan perasaan seseorang yang ditimpa musibah perlu adanya kekuatan keimanan serta keyakinan bahawa musibah tersebut datang dan ditentukan oleh Allah SWT, tidak ada kuasa apapun yang boleh mengahalangnya.Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak berlaku musibah di bumi dan pada diri kamu kecuali telah ditentukan sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian mudah bagi Allah. (Tujuannya) agar kamu tidak putus asa atas sesuatu yang luput daripada kamu dan tidak (terlalu) bergembira atas nikmat yang diberikan kepada kamu." (Surah Al-Hadid: 22-23
Posted by "BuDaK kEciK"
22 November 2009
Ya Zumala'i!!
Same2la kte brmuhasabah dri. KrnA setiap kjayaan yg akn kte gapai brgantung pd usaha yg kte lakukn. Kalw 100% usaha dsertai amal2, insyaAllah 100% jugakla yg akn kte dpt. Jgnla sekali2 kte hampakn harapan ibu ayh kte ye..
Mudah-mudahan kte sume menjadi anak yg soleh solehah..amin...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tanpa mereka (IBU AYAH) siapalah kita di sini..
Posted by "BuDaK kEciK"
25 September 2009
+Imtihan is around the corner+
Assalamualaikum sume.. lame da x view profile.. hem.. pasni bdk kck da jarang nk on da cz exm.. huhu.. jap je da ade final exm.. pantas tul mase berlalu.. pejam celik da akhir taon upenye.. herm.. rasenye xleh lelame la on9 cz nk kna wt revision.. nervous gak bile dipikekn exm yg da dkt sgt2 ni.. mudah2an bdk kck ingtla pe yg dihafaz tym exm nti.. ameen.. okla.. da lewat sgt ni.. doakn bdk kck bjaye ek kngkwn.. Salam Sayang dr Budak Kecik wt Sume..
~Salam Imtihan~
Posted by "BuDaK kEciK"
19 September 2009
Salam 'Eid Mubarak...
Syawal yg dtg smemangnye dinantikn terutamanye pd bdk2.. mmg plg gempak la.. lg2 kalw dpt men bunge api n mercun..hehe.. mmg meriah!! meriah2 pun, solat eid fitri jgn lupe wt! sunat tu!! hehe..
salam aidil fitri sume!!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Jika hati seputih awan, jgn mendungkan..
Jika ada kata terselit dusta, ade sikap membekas lara, ada langkah menoreh luka, semoga masih ada maaf tersisa.. Tak selamanya mata memandang dengan ramah, hati menilai dgn jernih dan mulut berbicara dgn santun..Selamat Hari Raya!!!
Posted by "BuDaK kEciK"
13 August 2009
..Perginya Tak Kembali..
13 Ogos 2009 bersamaan dgn 22 Sya'ban 1430H pd jam 11.00 pg di Hospital Pantai,Bangsar..
Perginya seorg pendakwah dan penghibur yg telah banyak menyumbang bakti membangunkn bangsa dan agama dlm dakwahnya melalui alunan irama nasyid.. Beliau ialah Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim,40, yg merupakan vokalis dlm kumpulan RABBANI.. Pemergian beliau amat dirasai seluruh penggiat dan peminat nasyid.. Terlalu besar pengorbanan beliau dlm memastikan setiap insan tidak terlalai dgn dunia yg fana..
Wahai kwn wahai teman, ingatlah bahawa hidup didunia hanya sementara, setiap yg DATANG pasti akn KEMBALI kpd Pencipta 'Azza Wa Jalla..
..Al-Fatihah..
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Posted by "BuDaK kEciK"
07 August 2009
Insan Kealpaan
Kala hening Subuh
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan...
Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan...
Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan...
Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya...
Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan...
Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia? Y
ang membunuh Tuhan dari jiwanya..??
Aku hanya mengingati agar diriku Tidak seperti "dia"
Posted by "BuDaK kEciK"




































