09 June 2009

Bersyukur Apa yang Ada

Mata saya tidak berkedip memandang ke wajah anak sulung kesayangan. Saya menoleh pula ke almari cermin di hadapannya. Menggeleng kepala saya seketika.

"Muka Kak Long dah putihkan Ummi," kata Kak long melihat saya terpaku memandangnya dari tadi.

"Kenapa pakai bedak banyak sangat ni, sayang?" Saya melemparkan pertanyaan. Hairan dengan tingkahnya malam ini. Berbedak hingga sampai ke baju dan seluar. Putih bertompok sana sini.

"Kak Long nak putih macam Kak Ngah," Kak Long menjawab sambil mula menunjukkan muka masam. Belas pula saya melihatnya.

Baru saya teringat kata-kata Kak Imah yang berkunjung ke rumah siang tadi. Rupa-rupanya Kak Long terdengar perbualan kami.

"Husna lain sikit kulitnya dari Najwa ye, Ina." Kak Imah berkata memandang ke arah anak-anak yang sedang leka bermain di halaman rumah.

"Seorang ikut ayah, seorang ikut Umminya," saya menjawab dengan senyum kelat. Bimbang Kak Long mendengar. Pasti dia terasa hati nanti. Sensitif sungguh dia bila orang menyebut warna kulitnya.




Warna Kulit

Betapa dunia hari ini, seorang anak kecil juga sudah tahu menilai kecantikan rupa. Baginya putih itu cantik pada pandangan mata. Fikiran yang dicorak oleh penilaian manusia dewasa kaum wanita terutamanya. Semakin putih, semakin banyak mata yang menoleh. Ironinya, di luar negara khususnya di United Kingdom (UK) ini, ramai wanita terutama golongan remaja kulit putih yang baru menginjak dewasa berfikiran sebaliknya. Bagi mereka, berkulit gelap dan hitam lebih seksi dan memikat hati. Justeru mereka berlumba-lumba melakukan rawatan wajah dan seluruh tubuh yang dinamakan sunbed untuk menukar warna kulit dari putih ke warna coklat dan agak gelap. Dilaporkan, lebih dari 25% remaja dan golongan muda di UK menunjukkan gejala obses terhadap rawatan berisiko ini.

Saya pernah menonton satu rancangan bual bicara, Trisha Goddard Show yang banyak mengketengahkan masalah masyarakat termasuk remaja yang terlalu obses dengan kecantikan diri. Remaja jemputannya pada rancangan tersebut membelanjakan hampir GBP2000 sebulan hanya untuk rawatan kulit dan tubuh badan. Jumlah ini termasuk kos melakukan rawatan sunbed di atas. Baginya, rawatan tersebut menjadikannya kelihatan lebih menarik, lebih sihat dan seterusnya akan mendapat ketenangan diri.

Saya bimbang dan kasihan melihat wanita-wanita yang terlalu mementingkan kecantikan rupa seperti ini. Bimbang kerana jika mereka seorang selebriti, pengaruh yang dibawa bukan sedikit impaknya. Ramai wanita kini menjadikan artis dan selebriti sebagai idola dalam menentukan gaya dan penampilan mereka. Kasihan, lantaran kecantikan yang mereka tonjolkan adalah cantik palsu yang hanya membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit' ingin sentiasa cantik ini, apa yang telah dimiliki bagaikan tidak mencukupi dan ada sahaja yang tidak kena dengan kemahuan jiwa. Mereka kurang yakin dengan penampilan biasa-biasa. Oleh kerana itu, ramai di kalangan mereka berlumba-lumba melakukan rawatan mencantikkan tubuh dan rupa. Cuma bezanya, yang putih ingin lebih gelap dan gelap pula mengimpikan kulit putih menawan. Cetusan keinginan yang sama walau berlainan warna dan rupa.

Mensyukuri Kesempurnaan

" Eee..tengok muka orang tu Ummi, sebelah mukanya tak ada," Kak Ngah tiba-tiba menjerit. Mungkin terkejut dengan gambar yang dilihatnya di kaca televisyen. Saya dan suami saling berbalas pandang. Kak Long yang asyik menggunakan komputer juga menerpa ke ruang depan mendengar jeritan Kak Ngah.

Ketika itu kami sedang menonton rancangan bercorak dokumentari, The Extraordinary People yang memaparkan wajah dan rupa tubuh manusia yang luar biasa dari yang biasa wujud di dunia ini. Dan kali ini, wajah lelaki di hadapan kami rongak sebelah dengan mata kanan yang lebih kecil, tanpa hidung dan mulut yang rebeh sebahagian besarnya. Wajahnya memang cukup menggerunkan bagi anak kecil yang melihat. Lelaki itu berasal dari kawasan pedalaman negara China. Kedudukan kampung halamannya yang jauh terpencil menyebabkan dia hidup beberapa tahun dengan wajah yang rosak teruk selepas diserang seekor beruang hutan. Dia kemudiannya dibawa ke hospital di tengah kota raya untuk menerima rawatan membaik pulih wajah dengan kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital. Saya, suami dan anak-anak melihat dengan rasa penuh keinsafan.

"Sebab itu kita yang ada wajah yang sempurna ini perlu selalu bersyukur. Allah mencipta manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi. Semua sama sahaja. Ada mata, hidung, mulut, telinga dan anggota lainnya. Jadi kena selalu ucap Alhamdulillah," kata suami saya menasihatkan anak-anak sebaik selesai menonton.

"Tak boleh banyak komen tentang warna kulit lagi," saya mencelah dengan nada bergurau. Mata saya memandang Kak Long yang hanya tersengih malu.

"Kulit Kak Long putih juga sebab Kak Long ikut Ummi. Cuba Kak Long tengok, samakan?" Saya menambah lalu memegang tangannya di atas tangan saya. Kami berdua memang memiliki warna kulit yang sama. Bibir Kak Long mula mengorak senyum biasa.

"Tapi kulit Kak Ngah, Khalil, Solehah dan ayah lebih putih dari kita," bidas Kak Long masih belum puas hati.

"Putih lebih sikit je. Tapi muka Kak Long muka ayah, tahu tak. Kak Ngah pula lebih hampir dengan muka Ummi. Itu tandanya baik Kak Long mahu pun Kak Ngah, kedua-duanya anak-anak Ummi dan ayah yang tiada bezanya," kata saya lagi sambil menjeling manja kepada suami. Kak Long dan Kak Ngah ketawa kecil mendengar celoteh Ummi mereka.



Mengubah Ciptaan

Tiada yang kurang dari ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Tinggal lagi manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan segala kurniaannya. Selagi belum menutup mata, selama itulah nafsu sentiasa meniupkan keinginan untuk meraih perhatian manusia. Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit hati' seumpama ini, merasakan kulit yang mulus, masih belum mampu membahagiakan kerana warnanya yang tidak seputih salju. Lalu ribuan ringgit dibelanjakan. Berbagai rawatan kecantikan dicuba tanpa mengira halal dan haram menurut syari'at agama. Semua itu dilakukan hanya untuk mencapai impian memiliki warna kulit idaman hati agar lebih menawan pada pandangan manusia lainnya. Seolah-olah kejadian Allah menjadikan warna kulit yang gelap tidak tepat dan sangat hodoh pada pandangan mata.

Soal mengubah warna kulit bukan soal ranting yang boleh dikesampingkan dari diperkatakan oleh golongan agamawan. Ini kerana ia melibatkan persoalan akidah, lantaran kejahilan diri. Allah SWT menghebahkan tipu daya syaitan menerusi kalam-Nya yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (Surah an-Nisa': ayat 117 - 119)

Walaubagaimanapun, perlu difahami bahawa Islam mengharuskan rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya seperti menggunakan ubat-ubatan untuk membuang jeragat atau jerawat yang merosakkan kulit wajah dan seumpamanya dan bukan dengan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit.

Bersyukur Apa yang Ada

Sememangnya wanita sangat teruji dengan warna kulit kurniaan Ilahi. Hanya mereka yang bersyukur sahaja mampu menerima dengan senang hati. Justeru, hati dan minda perlu sentiasa disuburkan dengan sifat redha terhadap apa-apa yang dimiliki hari ini. Gembira terpancar indah menyerikan seri rupa, tanda seseorang itu mensyukuri segala nikmat yang diterimanya. Kesyukuran yang akan lebih melorongkannya untuk terus beribadah, mengabdikan diri sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: ayat 7)

Akhirnya, bersyukurlah dengan kesyukuran yang bukan sekadar terlafaz oleh lisan, tetapi hidupkan syukur dengan meningkatkan rasa yakin, prasangka baik dan rasa terima kasih yang tidak berpenghujung kepada Allah. Sedarilah, sesungguhnya Dia telah, sedang dan selalu memberi lebih banyak dari apa yang telah dan mampu kita berikan kepada-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan Dia (Allah) telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat)." (Surah Ibrahim: ayat 34)

Benarlah... Benarlah...

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

04 April 2009

Pentingnya Berzikir..


Pernah suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah s.a.w. iaitu Ibni Mas'ud didatangi oleh seorang lelaki yang kelihtan daripada raut wajahnya dan bayangan matanya yang dia sedang dirundung duka nestapa, lantas lelaki itu berkata: "Wahai Mas'ud! berikan kepadaku satu nasihat yang dapat kujadikn penawar untuk jiwaku yang sedang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini perasaanku tidak begitu tenteram dan jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku kusut, makan tak lalu, tidur pun tak lena."

Mendengar hal itu, Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah yang menimpa jiwamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini. Pertama, tempat orang membaca Al-quran sama ada kamu membaca atau kamu mendengarnya baik-baik dari orang yang membaca Al-Quran. Kedua, majlis pengajian ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan penuh khusyu' dan tulus ikhlas.

17 March 2009

Ibu Mithali Isteri Sejati

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati? Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.


Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
* Berdoa memohon keredhaan Allah.
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
* Membersihkan hati dan pemikiran.
* Membina kebahagiaan secara proaktif.
* Mendidik diri sendiri.
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan
al-mawaddah(kasih sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
* Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf
(pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
* Pembangunan fizikal dan kesihatan.
* Muhasabah diri.

Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS! Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!

Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:-
1) Positif terhadap perubahan.
2) Positif terhadap diri sendiri.
3) Positif terhadap kepimpinan.
4) Positif terhadap masalah.
5) Positif terhadap orang lain.
6) Positif terhadap keadaan emosi.
7) Positif terhadap idea kreatif.
8) Positif terhadap membuat keputusan.
9) Positif terhadap qada’ dan qadar.

Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :-
- Analisis diri daripada pandangan anak.
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
- Bercakap benar.
- Kotakan kata-kata.
- Didik anak mengenai kemahiran sosial.
- Gunakan masa jitu untuk mengajar.
- Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
- Melatih anak berfikir.
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
*Pendidik keluarga.
*Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
*Penasihat.
*Doktor dan jururawat.
*Mendisiplinkan anak-anak.
*Kawan atau sahabat.
*Penyelesai masalah.
*Merangsang perkembangan mental anak-anak.
*Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
*Model pada anak-anak.
*Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
*Mengawal ekonomi rumah tangga.
*Menjaga harta suami dan keluarga.

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-
1) Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
2) Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
3) Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
4) Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
5) Mendidik anak berdikari.
6) Mempunyai nilai diri tinggi.
7) Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
8) Bertindak secara jamaah.
9) Mengorbankan kepentingan peribadi.
10) Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
11) Meneroka dan merangsang potensi anak.
12) Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
13) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.

14 March 2009

Saya Sayang Awak

Awak ingat tak tarikh 29 Mac? Awak mesti tak ingat, kan? Tapi awak tau tak yang tarikh tu tarikh yang saya takkan lupakan sepanjang hidup saya? Awak tau kenapa? Sebab pada 29 Mac itulah kita disatukan sebagai suami isteri. Sampai saat ni saya tak percaya. Saya rasa nak ketawa. Kelakar rasanya. Macam mana kita boleh jadi suami isteri sedangkan awak tak pernah rapat dengan saya? Awak tau tak, hari kita bernikah tu, saya tertanya-tanya kenapa awak bernikah dengan saya? Kenapa awak pilih saya? Tapi awak tetap terima nikah dan lafazkan nama saya dalam satu nafas.

Wajah awak nampak tenang bila bersalaman dengan Papa saya. Awak senyum pada Ibu awak yang berada di sisi saya. Perlahan-lahan awak hampiri saya. Abang awak buka bekas cincin dan awak sarungkan cincin itu di jari manis kiri saya. Kemudian bibir awak menyentuh dahi saya. Saya tak berani nak pandang awak. Mata awak tajam. Saya cuma senyum. Semua itu lakonan semata-mata, kan? Bergetar tangan saya waktu cium tangan awak. Awak percaya tak itu kali pertama saya bersalam dengan seorang lelaki? Dan lelaki itu adalah awak, suami saya.

Ibu awak peluk saya. Kemudian saya nampak Mama. Saya rasa sedih sangat. Hari tu saya dah jadi milik awak sepenuhnya. Selepas majlis bernikah, awak balik ke rumah awak. Majlis perkahwinan kita diadakan pada keesokan harinya. Mama bertekad nak buat besar-besaran walaupun saya menolak. Bagi saya, majlis persandingan tak perlu. Cukup sekadar adakan kenduri tapi Mama tak setuju. Awak tau tak saya langsung tak pernah ambil tahu tentang majlis perkahwinan saya? Entahlah, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin saya kerana saya sebenarnya tak percaya yang saya akan berkahwin dengan awak.

Macam mana saya nak cakap, ya? Awak tau tak saya admire awak selama ni? Mesti awak terfikir sejak bila saya kenal awak, kan? Awak tak ingat ke? Dulu kita belajar di universiti yang sama sewaktu diploma. Awak pelajar diploma kejuruteraan awam UTMKL, seksyen 3, kan? Saya tau banyak perkara tentang awak. Saya tahu warna kesukaan awak, hobi awak, makanan kegemaran awak … Girlfriend awak pun saya kenal. Semua tu saya kawan saya, Izzah yang beritahu. Izzah girlfriend awak, kan? Atau sepatutnya saya kata salah seorang yang pernah jadi girlfriend awak?

Saya tau awak ada banyak girlfriend. Maklumlah, awak seorang lelaki yang ada banyak kelebihan. Kalau awak senyum je mesti ada yang akan jatuh cinta. Macam saya. Saya temankan Izzah bertemu dengan awak buat pertama kali awak berdua berjumpa. Kelakar rasanya bila saya pun jatuh cinta dengan awak. Tapi Izzah tak pernah tau perasaan saya terhadap awak. Awak tau tak betapa terseksanya saya setiap kali Izzah ceritakan tentang awak? Izzah ceritakan yang awak hadiahkan dia rantai, bantal bentuk hati … Apa lagi ya? Banyak sangat yang awak beri pada Izzah.

Saya cemburu sangat tiap kali Izzah bergayut dengan awak dalam phone. Saya terfikir kalaulah saya dapat miliki awak, adakah awak akan layan saya macam awak layan Izzah? Saya jadi saksi percintaan awak dengan Izzah. Izzah selalu suruh saya temankan bila awak nak jumpa dengan dia. Entahlah awak, Saya jatuh cinta sangat dengan awak sampai saya sanggup khianati kawan saya. Izzah tak tau saya ambil nombor handphone awak. Saya beli SIM card baru dan mula kacau awak. Saya tak sangka awak akan layan saya.

Izzah tak pernah tau saya kacau awak and awak pun tak pernah beritahu Izzah. Cuma pernah sekali Izzah mengadu kat saya yang awak dah semakin jauh dari dia. Saya terfikir, sayakah penyebabnya? Tapi awak jarang balas mesej saya. Cuma sesekali awak akan balas mesej saya, bertanyakan siapa saya. Saya tak pernah bagitau dan awak tak pernah tau, walaupun kita dah berkahwin. Saya mesej awak, saya berterus terang yang saya sukakan awak. Entah apa perasaan awak masa tu, kan?

Awak ingat tak rak 108 kat Perpustakaan Sultanah Zanariah? Rak itulah yang jadi tempat kita bertukar banyak benda. Masa birthday awak, saya hadiahkan awak T-shirt warna hitam. Saya rasa happy sangat bila saya nampak pakai baju tu. Awak nampak menyerlah bila pakai baju warna hitam. Tiba satu masa, kita jadi rapat walaupun masa tu awak masih dengan Izzah. Kita berbual tentang banyak perkara termasuklah study. Kalau saya ada hint untuk final exam, rak 108 tu lah yang awak akan cari. Saya rasa tak percaya bila awak bagi hadiah untuk saya masa birthday saya.

Saya ingatkan awak tak ingat. Awak bagi saya tudung warna putih. Cantik tudung tu. Tapi saya tak pernah pakai waktu di kampus. Ye la, kalau saya pakai, mesti awak kenal saya, kan? Tapi tudung tu la yang saya paling sayang sebabnya awak yang bagi. Hehehe. Bukan sekali dua awak tanya siapa saya. Nama saya pun awak tak tau. Awak pernah gurau dengan saya. Awak kata kalau saya tak bagitau nama saya, awak akan panggil saya sayang. Saya ketawa besar walaupun dalam hati saya mula risau. Izzah selalu mengadu dengan saya yang awak mula tak hiraukan dia.

Setiap kali awak telefon, saya akan keluar dari blok hostel saya sebab saya tak nak ada orang tau yang saya sedang berbual dengan awak. Terutamanya Izzah. Awak rasa saya ni jenis yang kawan makan kawan ke? Saya bukan nak memiliki awak. Saya cuma nak jadi sebahagian daripada hidup awak. Tak sangka akhirnya saya memang menjadi sebahagian daripada hidup awak, kan? Menjadi isteri awak bukanlah sesuatu yang saya pernah fikirkan. Awak akan jatuh hati pada saya juga tak pernah saya fikirkan. Saya menangis waktu awak luahkan perasaan awak.

Bukan saya tak sukakan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya tapi saya sedih saya tak dapat jadi milik awak sebab yang awak cintakan sebenarnya bukanlah diri saya, Ariana tetapi Rie. Rie cumalah bayang-bayang. Walaupun semua perkara yang saya ceritakan pada awak adalah mengenai saya, Ariana tapi bagi awak, saya Rie. Awak kenal Ariana tapi awak tak ada perasaan pada dia. Awak sebenarnya tak ada perasaan pada saya. Saya juga sedih sebab saya khianati kawan baik saya sendiri. Kenapa awak sukakan Rie dan sanggup tolak Izzah?

Selepas saya menangis, Izzah datang bertemu saya dalam air mata. Awak tinggalkan Izzah! Kerana saya! Saya tak tau siapa yang kejam. Sayakah yang membuatkan Izzah menangis dan membuatkan awak terluka? Atau awak yang membuatkan Izzah menangis dan menderita sendiri akhirnya? Maafkan saya, awak … Bukan niat saya nak mempermainkan cinta awak. Percayalah, saya cintakan awak tapi orang yang awak cintai bukanlah saya. Saya tau awak akan tolak saya jika awak mengenali saya. Saya tak macam awak yang punya segalanya. Saya tak secantik Izzah, tak sebaik Izzah.

Awak pun tau saya macam mana, kan? Pertama kali Mama dan Papa beritahu yang keluarga awak datang meminang saya, perkara pertama yang saya fikir ialah adakah awak dah tau yang saya Rie ke? Kenapa awak memilih saya? Kenapa tak orang lain yang sepadan dengan awak? Awak tak takut orang lain mengata awak kerana memilih perempuan yang tidak sepadan dengan awak? Saya rasa rendah diri sangat bila kita berdua duduk bersanding di atas pelamin. Saya dapat dengar orang memperkatakan dengan kita.

Macam Prince Charming and the Witch. Hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah, hari paling bahagia dalam hidup saya jadi hari yang paling mendukacitakan. Saya terasa kerdil sangat di samping awak. Tapi awak cuma senyum. Itulah yang melapangkan dada saya, yang membuatkan semua kemarahan saya hilang. Semasa awak senyum pada saya, saya terfikir. Kita sudah lama tidak bertemu sejak kita mengikut haluan masing-masing. Awak melanjutkan pelajaran ke Jepun sedangkan saya hanya mampu menyambung pelajaran di UTM Skudai dalam bidang ukur bahan.

Saya tak tahu macam mana awak boleh berjumpa dengan saya. Saya tak tau macam mana awak boleh meminang saya. Kita tak pernah berjumpa sejak hari konvokesyen, kan? Sewaktu kita hampir disatukan pun kita tak pernah bertemu, kan? Kenapa awak pilih saya? Takkanlah orang seperti awak tak ada pilihan sendiri? Bila kita berkahwin, salah satu perkara yang saya paling gerunkan adalah malam pertama. Saya mula terfikir yang bukan-bukan tentang malam pertama.

Tapi saya tak sangka saya tak pernah dapat mengecapi malam pertama yang diidamkan pasangan lain. Awak tak sentuh saya langsung. Bercakap dengan saya pun tidak. Awak dingin. Saya cuba pujuk hati saya sendiri. Bagi saya, mungkin awak segan. Saya pun segan dengan awak. Ye la, awak ex-boyfriend kawan saya dan saya kawan ex-girlfriend awak. Oh ya, bercakap tentang Izzah, dia ada datang waktu majlis perkahwinan kita. Awak perasan tak? Ke awak dah lupakan Izzah? Awak tak tau betapa risaunya saya waktu saya call dia.

Dia tanya, siapa bakal pasangan hidup saya yang bertuah tu? Lidah saya kelu. Tapi saya berterus terang. Saya katakan pada saya yang saya tak pernah berjumpa dengan awak sama sekali dan saya tak ada idea apa yang menyebabkan awak meminang saya. Syukurlah Izzah memahami. Katanya, apa yang sudah berlalu biarkan berlalu dan kebahagiaan saya adalah kebahagiaan baginya. Tapi kenapa awak tak macam tu? Kebahagiaan saya awak tak pernah fikir pun. Awak berikan saya segalanya. Tapi awak tak pernah berikan saya kasih sayang.

Seminggu selepas kita berkahwin, awak luahkan hasrat awak untuk berpindah. Awak kata, awak dah beli rumah. Saya terkejut. Awak tak pernah beritahu saya pun. Mama tak bersetuju sebab Mama tak nak berjauhan dari saya tapi saya katakan pada Mama yang tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Jika awak nak berpindah ke mana sekali pun, saya akan ikut bersama awak sebab tempat saya adalah di sisi awak. Kemesraan kita di hadapan Mama dan Papa cumalah lakonan. Di belakang mereka, kita umpama batu yang tak berperasaan.

Awak jangan cuba kata yang saya tak pernah cuba untuk bermesra dengan awak! Saya dah cuba yang terbaik. Setiap kali kita berdua dalam bilik, saya akan cuba berbual dengan awak. Saya bertanya tentang semua perkara tentang awak tapi awak bercakap seakan terpaksa. Kecil hati saya. Tapi saya tak pernah berhenti mencuba. Selepas kita berkahwin, awak tak izinkan saya bekerja. Saya akur. Saya tinggal di rumah itu, sendirian. Saya rasakan diri saya tak ubah seperti robot. Saya akan bangun awal pagi sebelum awak bangun untuk masak sarapan.

Sebelum azan subuh, saya akan kejutkan awak untuk solat. Kita akan bersolat berjemaah. Kita bersarapan bersama dan saya akan temani awak sehingga ke pintu untuk bersalam dengan awak sebelum awak pergi kerja. Setiap pagi saya tak pernah lupa untuk minta maaf jika saya ada silap. Entahlah, saya dah terbiasa untuk meminta maaf. Tapi tu semua berlaku dalam seminggu saja. Satu pagi, bila saya bangun, awak tak ada di sisi saya. Dada saya berdebar kencang. Saya ketuk pintu bilik air tapi awak tak ada.

Saya ke ruang tamu tapi awak tak ada. Dalam perasaan risau saya lihat semua barang-barang penting awak masih ada. Saya buka pintu bilik kedua. Awak sedang tidur dengan lena. Air mata saya tumpah. Kenapa awak buat macam ni? Hati saya betul-betul terluka tapi saya tak pernah luahkan. Pagi tu saya siapkan sarapan dalam air mata. Saya terfikir apa salah saya sebenarnya sampai awak buat saya macam batu. Saya tetap kejutkan awak macam biasa. Awak nampak terkejut tapi saya gagahkan diri saya untuk senyum.

Dengan suara yang lembut saya suruh awak bangun dan mengimamkan solat subuh. Pagi itu berbeza sekali rasanya. Di minda saya cuma terfikir satu perkara. Awak sebenarnya tak ikhlas memperisterikan saya. Tapi saya tak tau kenapa. Kenapa perlu awak ikat diri awak dalam perkahwinan ini dan seksa saya sebegini. Saya tetap maniskan muka walaupun saat tu perasaan saya dah mati. Saya tetap salam dan cium tangan awak dan tak lupa ucapkan maaf. Awak nampak serba salah tapi saya tetap cuba untuk tak kelihatan terluka.

Smlm pns, sbb 2 sy tdur kt blik lain.’

Saya tersenyum pahit waktu baca mesej dari awak. Kenapa awak berpura-pura dengan saya? Panas? Dengan aircond yang terpasang pada 16 darjah? Saya rasa marah sangat tapi saya biarkan perasaan tu berlalu. Entahlah awak, Saya sendiri terfikir kenapa saya selalu abaikan perasaan saya. Malam-malam seterusnya berlalu dengan awak mengasingkan diri di bilik kedua. Saya tak pernah bertanya. Saya diamkan diri tapi saya tak pernah lupakan tanggungjawab saya. Alhamdulillah, awak pun tak pernah abaikan kewajipan awak untuk berikan nafkah zahir pada saya.

Bila saya fikirkan balik, kita tak pernah keluar berdua kecuali sewaktu ke rumah saya atau ke rumah awak. Setiap kali keluar membeli barang dapur atau keperluan kita, saya akan pergi sendiri. Saya tidak kisah kerana saya boleh berdikari sendiri tapi saya terfikir. Apa status saya di mata awak? Saya isteri awak atau cuma orang gaji awak? Saya jaga dan uruskan keperluan awak sendirian. Kadang-kadang saya terserempak dengan kawan-kawan saya sewaktu saya shopping sendirian. Semua bertanya di mana awak.

Lidah saya kelu untuk berkata. Alasan saya cumalah satu. Awak sedang bekerja atau awak outstation. Sedangkan saya tak tahu awak di mana! Pernah sekali awak hantar mesej pada saya. Kita berhubung dengan mesej. Awak tak pernah call saya dan setiap kali saya call, awak tak pernah jawap. Alasan awak, awak sedang bermesyuarat. Tapi takkanlah awak ada mesyuarat setiap hari, kan? Hari demi hari saya jadi lali dan give up untuk call awak. Awak kata ada dinner syarikat di Dewan Perdana Felda dan semua pekerja terpaksa bawa pasangan masing-masing.

Saya terasa kecil hati. ‘Terpaksa’ bawa pasangan masing-masing. Awak terpaksa ajak saya rupanya. Saya sediakan pakaian awak untuk dinner malam itu. Saya sengaja pilih baju batik yang sepadan dengan baju saya. Untuk dinner malam tu, saya keluar ke butik untuk make up wajah saya. Saya nak nampak sepadan dengan awak. Tapi malam tu tak seindah yang saya harapkan. Saya tak nafikan semua orang memuji saya tapi awak sedikit pun tak pandang saya. Usahkan pujian, bercakap dengan saya pun tidak.

Di depan kawan-kawan awak, awak peluk pinggang saya, awak pegang tangan saya. Hati saya benci sangat awak buat macam tu. Tapi saya halal untuk awak. Saya terpaksa relakan awak buat begitu. Bila majlis berakhir, awak minta saya tunggu di kereta. Saya cuma menurut tetapi kemudian saya terasa ingin pergi ke tandas. Sewaktu dalam perjalanan tu, mata saya sendiri saksikan awak sedang bersama seorang perempuan. Hancur luluh hati saya, awak! Saya pujuk hati saya. Saya katakan pada diri saya yang dia hanyalah rakan sekerja awak tapi awak dan dia terlalu mesra!

Awak genggam tangan dia, awak belai pipi dia. Mustahil awak hanya berkawan dengan dia, kan? Niat saya untuk ke tandas terus mati. Saya kembali ke kereta, melayan duka sehingga awak datang. Awak tak cakap sepatah pun. Saya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang sedangkan awak bersiul bahagia. Tiba di rumah saya terus membersihkan diri. Saya bermunajat kepadaNya malam itu. Saya cuba hilangkan pedih di hati saya dengan berdoa pada ALLAH. Awak ingat tak pernah sekali Ibu awak datang tinggal di rumah kita selama tiga hari? Itulah saat yang paling bahagia saya rasakan.

Sebab awak akan layan saya dengan baik walaupun itu semua lakonan. Sekurang-kurangnya dengan adanya Ibu, saya bukan batu yang awak boleh abaikan sesuka hati awak. Setiap pagi saya akan bangun dan sediakan sarapan. Kemudian saya akan berjalan-jalan dengan Ibu. Saya tak sendirian! Awak pulang awal ke rumah semasa Ibu tinggal di rumah kita. Saya bahagia, awak … Sebab kalau Ibu tak ada, awak mesti balik lewat. Saya tetap tunggu awak walaupun ada kalanya saya menunggu sehingga tertidur.

Bila awak balik, awak akan kejutkan saya supaya tidur di bilik. Tapi perkara pertama yang saya akan tanya adakah awak dah makan. Saya siapkan makan malam setiap hari walaupun terpaksa tunggu awak balik. Awak akan kata yang awak dah makan tapi awak akan tetap makan masakan saya. Saya tahu awak terpaksa tapi saya tetap hargai awak. Saya kagum dengan awak sebab awak berterus terang dengan saya. Satu hari, waktu saya tengah mengemas, wallet awak jatuh. Saya nampak ada gambar perempuan dalam wallet awak. Dialah perempuan yang bersama awak malam itu.

Awak cepat-cepat tutup dan simpan wallet awak. Tapi saya cuba senyum dan tanya pada awak siapa perempuan itu dengan lemah lembut walaupun hati saya dah remuk saat tu. Awak kata dia girlfriend awak. Awak dah bercinta dengan dia sejak di Jepun lagi. Saya cuma senyum. Hati saya menangis. Saya memang tak sepadan dengan awak. Entah apa awak fikir tentang saya. Mungkin awak fakir saya pun tak serius dengan perkahwinan kita. Awak silap. Perkahwinan kita ni satu rahmat dan kebahagiaan buat diri saya.

Saya tak pernah merasa sebahagia ini sebelum ini. Tapi saya juga tak pernah rasa sederita ini sebelum ini. Awak berikan saya cahaya kebahagiaan tapi dalam masa yang sama suasana terlalu gelap sehingga menyeksa saya untuk mengejar cahaya kebahagiaan itu. Satu malam, kita duduk berdua di meja makan. Kita berbincang. Awak tanyakan pada saya sama ada mahu teruskan perkahwinan ini atau tidak. Sakit hati saya dengar kata-kata awak. Awak seakan-akan mahu memutuskan ikatan halal antara kita. Saya menangis di depan awak.

Sumpah, saya tak pernah mahu memutuskan ikatan perkahwinan ini walau macam mana pun awak layan saya. Sebab saya sayangkan awak. Awak bingung. Saya katakan pada awak yang saya tidak kisah jika awak hendak menikahi teman wanita awak tetapi jangan putuskan ikatan perkahwinan kita. Entahlah, bagi saya perkahwinan dengan awak adalah segala-galanya. Awak akur. Tapi jujur saya katakan yang saya menipu kalau saya tak ada perasaan setiap kali lihat awak tersenyum bahagia bila berbual dengan girlfriend awak.

Setiap kali saya melalui bilik kedua, mesti saya dengar awak ketawa. Saya selalu terbayang betapa bahagianya saya kalau awak sedang ketawa dengan saya? Sejak saya beritahu saya tak kisah tentang hubungan awak dengan dia, kita jadi rapat. Sekurang-kurangnya awak tak lagi diamkan diri macam dulu. Sejak hari tu awak mesti senyum dengan saya dan tegur saya. Awak puji saya. Walaupun saya tak tau awak ikhlas atau tak, saya tetap gembira. Awak tak segan silu ceritakan pada saya tentang girlfriend awak. Awak minta nasihat saya. Awak kata saya sahabat awak. Pilu hati saya, awak.

Tapi tak apalah, saya sanggup hadapi semua ini asalkan awak ada dengan saya. Setiap kali awak ada masalah dengan girlfriend awak, awak akan ceritakan pada saya. Walaupun hati saya pedih, saya tetap bahagia. Satu malam, awak pulang lewat. Mata awak sembap macam baru lepas menangis. Awak terus masuk bilik, langsung tak bertegur dengan saya yang ada depan mata awak. Saya risau tengok awak sedih. Saya ketuk pintu bilik awak. Awak tak buka pintu. Tanpa keizinan awak, saya masuk bilik awak. Awak duduk menangis di birai katil.

Saya duduk sebelah awak, pegang tangan awak. Awak genggam tangan saya kuat-kuat. Esakan awak makin kuat. Saya tak cakap sepatah perkataan pun. Saya biarkan awak menangis sebab bagi saya awak cuma perlu luahkan segalanya. Mungkin bukan pada saya tetapi pada diri awak sendiri. Lama awak menangis sampai air mata saya pun hampir mengalir. Saya sedih tengok awak menangis. Saya tak nak sesiapa pun lukakan perasaan awak. Saya biarkan awak peluk saya. Basah bahu saya dengan air mata awak. Jantung saya berdegup kuat bila awak peluk.

Inilah kali pertama awak peluk saya dengan keikhlasan walaupun mungkin awak tak sedar awak sedang memeluk saya. Awak baring di riba saya. Basah seluar tidur saya dengan air mata awak tapi saya tetap biarkan. Saya beranikan diri untuk belai rambut awak. Akhirnya awak tertidur di riba saya. Saya tak sampai hati untuk kejutkan awak. Waktu awak tidur itulah saya renung awak puas-puas. Jahat ke saya kalau saya rasa bahagia bila awak sedang sedih? Saya bahagia awak terima saya di saat awak memerlukan seseorang.

Saya terbangun bila saya terdengar suara awak. Saya terkejut sebab awak tak tidur di riba saya tetapi di sisi saya. Awak peluk pinggang saya. Dada saya berdebar. Dahi awak berpeluh. Baju awak basah sebab peluh. Saya sentuh dahi awak. Panas. Awak demam! Cepat-cepat saya ambil tuala kecil dan ais. Saya lap peluh awak dan tekap dahi awak dengan ais. Awak pegang tangan saya waktu saya lap dahi awak. Saya ingatkan awak sedar tapi rupanya awak sedang mengigau. Awak sebutkan nama Diya. Mengalir air mata saya, awak.

Walaupun saya tahu awak tak sedar, tapi saya tak dapat kawal hati saya daripada terluka. Kenapa dia yang awak rindui? Kenapa nama dia yang awak sebut? Keesokan harinya apabila saya membuka mata, saya sedang berbaring di katil awak. Awak tak ada. Saya terus cari awak tapi awak tak ada. Di meja di bilik saya, awak sisipkan sekeping nota.

‘Terima kasih sebab jaga saya malam tadi. Malam ni saya balik lewat. Jangan tunggu saya.’

Saya tertanya … Bila awak tulis nota tu, ada tak awak fikirkan tentang perasaan saya? Saya koyak nota awak dan campakkan ke tong sampah. Saya benci awak layan saya macam ni! Saya hantar mesej pada awak untuk beritahu yang saya akan tinggal di rumah Mama selama beberapa hari. Sebelum saya pergi, saya siapkan keperluan awak untuk seminggu. Tapi sebenarnya saya tak pergi ke rumah Mama. Saya bercuti sendirian di Cameron Highlands. Percutian saya bukanlah untuk bergembira. Saya banyak berfikir di sana. Saya mula fikirkan pertanyaan awak dulu untuk berpisah.

Saya mula menyesali keputusan saya untuk meneruskan ikatan kita. Sebab saya menderita! Tapi saya tak salahkan awak. Saya sendiri yang lukakan perasaan saya, kan? Setiap hari saya menangis. Di sana, saya berjalan-jalan sendirian sedangkan setiap orang di sana berteman. Mereka nampak bahagia, awak! Tapi kenapa kita tak bahagia? Sebab hati awak bukanlah untuk saya. Semasa di Cameron Highlands, saya matikan handphone saya. Walaupun hati saya meronta untuk mengaktifkan handphone tapi saya kuatkan hati saya.

Setiap hari saya tertanya, awak pernah ke cari saya? Selepas seminggu, barulah saya pulang. Saya kuncikan pintu bilik dan tak tunggu awak balik. Hati saya meronta nak lihat wajah orang yang paling saya rindui tapi saya takut saya menangis. Saya tak nak menangis di depan awak. Saya tak nak awak fikir saya nak dapatkan perhatian awak. Saya tetap tunggu awak sebenarnya. Pukul 10 malam barulah awak pulang. Awak berhenti di sisi kereta saya dan pandang ke arah bilik saya. Saya sembunyikan diri. Kemudian awak masuk ke dalam rumah.

Saya berdoa awak akan ketuk pintu bilik saya tapi yang saya dengar cumalah awak menutup pintu bilik awak. Air mata saya mengalir. Awak mesti tak rasa apa-apa bila saya tak ada, kan? Pagi itu saya mulakan kembali rutin harian saya. Selesai memasak sarapan pagi, saya ketuk pintu bilik awak. Tapi awak tak ada. Bilik awak kemas macam awak tak balik semalam. Di atas meja ada nota untuk saya.

‘Saya outstation tiga hari di JB. Nanti saya belikan something utk awak. Jaga diri baik-baik.’

Entahlah apa yang saya rasa waktu tu. Saya dah lupa. Saya cuma tutup pintu bilik awak dan saya berkemas. Saya pergi ke rumah Mama. Saya tak beritahu awak pun. Mama tak pernah beritahu yang awak cari saya semasa seminggu saya di Cameron. Awak tak pernah cari saya rupanya. Awak tak pernah hiraukan tentang diri saya. Selepas tiga hari, awak jemput saya di rumah Mama. Saya tak tau macam mana awak boleh cari saya di rumah Mama. Awak nampak penat.

Saya terus siapkan makanan untuk awak. Awak nampak berselera benar. Awak kata pada Mama yang awak rindukan masakan saya setelah berjauhan selama beberapa hari dengan saya. Awak tipu, kan? Awak kata awak penat jadi awak nak tidur di rumah Mama. Saya tak suka! Depan Mama saya pujuk awak untuk balik tapi awak menolak. Saya tak nak duduk di bilik yang sama dengan awak. Saya rimas awak ada dekat dengan saya. Saya bencikan awak! Bila awak minta izin untuk masuk ke bilik, saya sediakan semuanya untuk awak. Kemudian saya keluar dari bilik untuk menonton TV.

Semua tu alasan semata-mata. Awak datang jumpa saya. Mama senyum lihat awak datang sedangkan perasaan saya membara dalam hati. Saya berpura-pura mesra di hadapan Mama. Sejam kemudian awak ajak saya tidur. Terbeliak mata saya dengar awak bahasakan diri awak Abang. Saya menolak dengan mengatakan saya mahu menonton TV tapi Mama mencubit lengan saya. Dengan perasaan terpaksa, saya ikut awak masuk ke dalam bilik. Dalam bilik, saya mendiamkan diri. Saya duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan awak datang hampiri saya.

"Boleh kita bercakap?" Awak meminta izin. Saya membatukan diri tetapi kemudian saya menganggukkan kepala. "Awak pergi mana minggu lepas?" Tenang awak bertanya. "Rumah ni la." Jawab saya pendek. Saya tahu menipu hukumnya berdosa tapi salahkah saya kerana tak mahu melukai perasaan saya sendiri? Saya berhak untuk gembira dan bahagia. "Saya tahu awak menipu." Saya mendiamkan diri. Dalam hati saya bertanya. Kalau awak dah tau saya menipu, kenapa awak perlu tanya? Kenapa tak berterus terang?

"Jangan buat macam tu lagi. Saya risau bila Mama cakap awak tak ada datang pun. Saya terpaksa tipu Mama katakan yang awak ada sedangkan saya cari awak setengah mati. Dah lah awak off handphone." Awak luahkan perasaan marah awak. Saya terfikir, Cuma sebab itu pun awak nak marah? Macam mana dengan saya yang terpaksa memendam rasa selama hampir setahun kita berkahwin? Sekali pun saya tak pernah ungkit! Tapi saya tak nak panjangkan cerita. Awak tak kenal saya. Saya sebenarnya keras kepala tapi demi awak saya sanggup berubah.

Saya rasa awak tahu saya sedang marah. Sejak hari tu, awak selalu pulang awal dan cuba untuk bercakap dengan saya. Tapi biasanya saya mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah untuk semua soalan awak. Saya cuba penuhi tanggungjawab awak. Saya tak lupa untuk kejutkan awak, sediakan sarapan awak, siapkan pakaian untuk awak bekerja. Tapi saya cuba untuk mengelak daripada berdua dengan awak. Perasaan saya sentiasa terganggu bila awak ada dengan saya. Awak pernah tanya kenapa tak makan bersama. Saya cuma katakan yang saya kenyang atau tidak berselera.

Bersama awak, saya seakan patung tak bernyawa, mati. Satu hari, awak hantar mesej. Awak nak ajak makan di luar. Saya menolak. Bagi saya, lebih baik saya makan sendirian daripada makan bersama awak. Saya katakan saya tak ada mood untuk keluar. Tapi awak memaksa. Malam tu istimewa rupanya. Awak hadiahkan saya mawar dan seutas gelang tangan. Awak mohon maaf untuk semua kesilapan awak. Saya rasa tak percaya. Kenapa tiba-tiba awak berubah? Apa yang menyebabkan awak berubah? Tapi saya gembira, awak !

Malam itu kita pulang lewat kerana awak berkeras mahu menikmati suasana malam di KLCC. Itulah kali pertama kita berbual dan ketawa bersama. Terima kasih, awak!! Kerana sudi membahagiakan saya saat itu. Hari yang mendatang membahagiakan saya. Saya kembali ke rutin dahulu. Awak kerap pulang awal ke rumah dan kita menghabiskan masa berdua. Walaupun kita masih tidur berasingan seperti dulu, sekurang-kurangnya saya tak rasakan rumah itu tidak mengurung jiwa saya lagi. Setiap hujung minggu mesti awak bawa saya keluar.

Saya rasa pelik kenapa awak mula baik dengan saya. Saya beranikan diri untuk bertanya pada awak tapi lidah saya kelu. Saya takut jika saya tanya, hubungan kita akan suram seperti dulu. Seingat saya, itu antara saat yang paling membahagiakan ketika bersama awak. Tapi semua itu berubah dalam satu malam. Satu malam, awak pulang ke rumah dalam keadaan marah. Awak hempaskan pintu bilik. Saya mengurut dada kerana terkejut. Saya ketuk pintu bilik awak. Awak buka pintu dan menjerit ke arah saya.

Saya terkejut. Itulah kali pertama saya lihat awak marah. Kemudian awak hempaskan pintu bilik di depan saya. Saya tak nafikan perasaan saya tercalar tapi saya bersabar. Mungkin awak ada masalah. Selesai memasak, saya buka pintu bilik awak tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Awak sedang duduk di atas katil. Awak menundukkan kepala. Saya tahu awak menangis. Saya berdiri di hadapan awak dan pegang bahu awak. Awak peluk saya. Bersaksikan ALLAH, malam tu saya serahkan diri saya yang halal untuk awak.

Pukul 3 pagi, sewaktu awak sedang tidur, saya bangun dan menunaikan solat sunat kerana saya bersyukur sekali. Niat saya ingin kembali ke bilik awak tetapi saya rasa malu sekali. Saya tidur di bilik saya walaupun hati saya meronta untuk berada di sisi awak. Saya terbangun bila pintu bilik saya diketuk kuat. Dengan rasa mengantuk, saya lihat jam menunjukkan pukul 9 pagi. Saya beristighfar dan segera membuka pintu. Bila saya buka pintu, awak tolak saya sampai saya terjatuh. Saya terpana. Saya ingatkan awak akan berhenti tapi awak tarik rambut saya dan tampar pipi saya berulang kali.

"Kau sengaja goda aku malam tadi! Kau sengaja buat macam tu! Kau nak ikat aku, kan? Sama macam mana kau ikat nenek aku supaya aku berkahwin dengan kau!" Demi ALLAH, saat tu saya rasakan saya kehilangan perasaan saya. "Kau ingat aku nak kahwin dengan kau? Kalau bukan sebab wasiat nenek aku, aku tak akan kahwin dengan kau!" Awak tendang tubuh saya. Air mata saya mengalir laju. Saya tak tau macam mana nak pertahankan diri saya. Saya rasa lemah sangat, awak . Barulah saya tau kenapa awak berkahwin dengan saya tapi. Tapi kenapa awak kejam sangat dengan saya? Awak kata saya goda awak? Saya cuma serahkan sesuatu yang halal untuk awak! "Bodoh! Bodoh!" Awak terus pukul tubuh saya. Sakit sangat, awak!

Tapi hati saya lagi sakit. Dalam keadaan marah, awak keluar dari rumah. Saya duduk menangis di birai katil sehingga saya tertidur. Bila saya bangun, awak masih belum pulang. Awak tak pulang malam tu. Tak … sejak hari tu awak tak pernah pulang. Bukan sekali dua saya cari awak. Saya telefon handphone awak tapi awak off. Kalau awak tak off pun, awak tak angkat phone call dari saya. Saya hantar berpuluh-puluh mesej pada awak tapi satu pun tak berbalas. Saya tetap menunggu awak tapi tak pernah sekali pun awak pulang. Saya rayu awak pulang setiap hari tapi hampa.

Awak terus hilang. Saya pernah pergi ke rumah awak tapi Ibu awak tanya kenapa dah lama tak datang. Maksudnya awak tak pernah datang ke rumah Ibu. Bila saya telefon office awak, semua orang cakap yang awak dah lama tak datang bekerja. Mana awak pergi? Tiga bulan awak menghilang entah ke mana. Mahu tak mahu saya terpaksa menebalkan muka memberitahu Ibu. Tapi saya tak beritahu sebab awak tinggalkan rumah. Saya terpaksa menipu mengatakan yang saya bersalah. Betul ke saya yang salah, awak? Menyerahkan sesuatu yang halal untuk awak salah ke? Berdosa ke saya?

Tiap malam saya berdoa agar awak kembali tapi ALLAH tak makbulkan doa saya. Mungkin benar saya berdoa sebab buat awak marah. Saya tetap setia menunggu kepulangan awak. Hampir empat bulan digantung tak bertali, kesabaran saya mula hilang. Saya tak sanggup menunggu lagi. Yang paling saya sedih, saat tu saya dapat rasakan kewujudan satu nyawa lain dalam tubuh saya. Saya menangis teresak-esak bila disahkan berbadan dua. Saya tau awak mesti bencikan saya. Saya berfikir panjang. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk pergi jauh.

Saya hantar mesej pada awak. Saya tak tau awak baca mesej itu atau tak. Dalam mesej tu, saya beritahu awak yang saya akan pergi jauh. Ikatan perkahwinan ini terpulang pada awak untuk tentukan. Jika awak sudah tak sanggup menerima diri saya, saya rela dilepaskan. Saya berjanji pada awak yang saya akan sentiasa menjaga diri saya dengan baik. Saya juga mohon maaf sebab buatkan hidup awak merana selama ni. Tapi saya tak perna tahu apa-apa tentang wasiat nenek awak. Saya tak tau macam mana nenek awak kenal saya.

Saya tak tau apa-apa! Saya tak sebutkan tentang anak kita langsung. Saya tak mahu awak membenci anak kita. Jika awak tak mahu menerima dia, biarlah! Saya sendiri akan menjaganya. Dan dia akan tetap tahu bahawa awaklah ayahnya. Dengan air mata yang tak berhenti mengalir, saya berpindah ke Pulau Pinang. Membina hidup baru bukanlah mudah. Dengan wang yang saya simpan sebelum berkahwin dengan awak, saya tanggung hidup saya sendiri. Saya cuba sedaya upaya untuk melupakan awak. Setiap hari bila kandungan saya semakin membesar, saya akan menangis.

Bukan kerana saya tak gembira. Bayi ini satu-satunya cahaya cinta saya. Saya menangis sebab saya rindukan awak. Cukup 9 bulan, saya lahirkan anak kita. Awak percaya tak yang saya lahirkan dia sendirian? Tak ada doctor atau jururawat yang menemani saya. Saya bertarung nyawa sendirian semata-mata untuk melahirkan anak kita. Seksa sangat waktu tu. Saya seakan ternampak semua dosa saya selama ni. Lima bulan selepas saya melahirkan anak kita, awak datang. Luruh jantung saya ketika berhadapan dengan awak.

Mata awak berair bila berjumpa dengan saya. Awak terus peluk tubuh saya. Saya membiarkan. Air mata saya mengalir. Awak mohon maaf pada saya. Awak bersungguh-sungguh mohon kemaafan pada saya tapi saya membatukan diri. Badan saya tak dapat bergerak, awak! Saya seakan tak ada kawalan terhadap badan saya sendiri. Saya biarkan awak menangis di hadapan saya. Saya menangis tapi lidah saya kelu. Saya tak dapat nak berbicara dengan awak. Hanya ALLAH yang tahu betapa saya rindu untuk melihat wajah awak.

"Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya mohon ampun dari Ariana! Maafkan saya! Saya mohon ampun! Maafkan saya, Ariana!" Saya tak tau, awak … Saya tak tau sama ada saya boleh maafkan awak setelah apa yang awak buat pada saya … Saya tau awak tau yang saya Rie … Mama pernah datang beritahu yang awak datang ke rumah dan ternampak tudung putih pemberian awak dulu. Bukan itu saja. Semua gambar awak yang saya simpan selama ini juga dia tahu. Saya tak tau sama ada saya harus bersyukur atau tidak. Hati saya dah mati .

Awak menangis di hadapan saya tanpa henti. Berkali-kali awak panggil nama saya tapi saya tetap diamkan diri. Air mata saya menitis tapi saya tak dapat nak kesat air mata tu! Saya rasa saya dah mati, awak! Saya gagahkan diri untuk bangun dan dengan segala kekuatan, saya cium tangan awak, saya minta ampun atas semua dosa saya dan saya minta awak lepaskan saya. Kemudian saya tolak awak keluar dari bilik saya. Saya kunci pintu bilik walaupun awak ketuk pintu bilik saya dengan kuat. Meskipun awak menjeritkan nama saya.

Tapi sudahlah, hati saya dah mati untuk awak. Entahlah, Susah untuk saya maafkan awak walaupun saya tau bukan salah awak anak kita tak sempat membuka mata untuk melihat dunia ini … Biarlah semuanya berlalu. Saya hanya mahu abdikan diri saya sepenuhnya pada ALLAH untuk memohon keampunanNya.


20 February 2009

Mengapa Yahudi Bijak???

Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

" ...sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami... "

math


Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.




Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok?
US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

30 January 2009

Musa menyeru firaun menyembah Allah

SETELAH Nabi Musa menghadapi pelbagai rintangan, baginda terpaksa pula berhadapan dengan Firaun dan pengikutnya. Allah memerintahkan baginda menyeru Firaun bersama pengikutnya supaya menyembah Allah. Firaun memerintah Mesir dengan kejam dan zalim. Firaun juga mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Nabi Musa memohon kepada Allah agar diberikannya seorang teman dan sebagai wazir bagi dirinya iaitu saudaranya yang bernama Harun. Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa.

Allah telah memberi ilham kepada Harun supaya segera berangkat mendapatkan Nabi Musa di Thur Sina. Maka bertemulah dua saudara itu. Mereka berjanji akan saling membantu untuk sama-sama melepaskan rakyat Mesir daripada disesatkan oleh Firaun yang sombong dan zalim itu.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Musa bersama Harun mengadap Firaun dengan segera. Allah mahu Nabi Musa dan Nabi Harun menyeru Firaun dengan lemah-lembut.

Kedua-duanya segera menuju ke Mesir dan bertemu dengan Firaun. Mereka menyeru Firaun dan pengikutnya agar menyembah Allah, namun Firaun tidak mengendahkan seruan mereka.

"Bukankah kami yang mendidik kamu. Kami yang membesarkan kamu. Kamu tinggal dengan kami bertahun-tahun lamanya," kata Firaun kepada Nabi Musa dengan marah.

"Adakah kerana penjagaan aku dulu engkau mahukan balasan yang baik? Bukankah itu kejahatan yang engkau lakukan terhadap kaum Bani Israel?" tanya Nabi Musa.

"Aku meninggalkan istana kerana aku tidak mahu tersesat dengan kepercayaan kamu, wahai Firaun. Aku telah mendapat rahmat daripada Allah SWT. Allah telah mengangkat aku menjadi rasul-Nya," terang Nabi Musa.

"Siapakah tuhan bagi seluruh alam ini?" tanya Firaun.

"Allah, Tuhan bagi seluruh alam ini. Bukannya kamu. Allah yang menjadikan langit dan bumi," terang Nabi Musa.

Firaun amat marah kerana tidak dapat mengalahkan Nabi Musa dengan kata-kata. Maka dia menggunakan kekuatan yang ada padanya. Firaun mahu Nabi Musa dipenjarakan sekiranya Nabi Musa enggan menyembahnya.

Nabi Musa tidak takut dengan apa yang diperintahkan Firaun kepadanya. Baginda mahu menunjukkan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepadanya.

"Mahukah engkau melihat mukjizat hebat yang Allah bagi kepadaku?" tanya Nabi Musa.

"Aku tidak akan percaya sebelum melihat bukti yang nyata. Aku mahu melihat bukti itu," jawab Firaun.

Dengan penuh harapan, Nabi Musa memperlihatkan mukjizat Allah berikan kepadanya. Baginda telah melemparkan tongkat lalu menjadi ular yang besar dan memasukkan tangannya ke dalam saku bajunya. Apabila tangan itu dikeluarkan, tangan tersebut mengeluarkan sinar yang berkilauan. Nabi Musa mahu Firaun insaf dan sedar apabila melihat bukti itu.

Walaupun sudah terbukti, Firaun tetap tidak mahu menyembah Allah. Kehebatan yang ada pada Nabi Musa diperkecil-kecilkan oleh Firaun. Dia menganggap mukjizat yang ada pada Nabi Musa itu adalah sihir semata-mata.

20 December 2008

aKu & kAu bErBeZA..

LELAKI



Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

SeLaMat TiNgGaL iBu,,...

KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,” kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku. “Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.
“Ibu penat?”
“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment?
Buat apa tadi?’’
“Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”

“Dah. ibu nak solat kejap ye.”
“ok
,”jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini. Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori. Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.

HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk. Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!


TANGGG!
Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital. “Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah.
Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair. Ngilu terasa menghiris jiwa.
Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku.
Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika.
“guess what, sayang?”
“What?”

ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan.
Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku. Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu.
Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’
Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk. Mulut muncung.
“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.
Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’
Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.


HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang.
Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang.
Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku.
Jaga diri ibu baik-baik tau. Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu.
Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’
Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti. Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.
Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’
Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu. jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.
Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku.
"Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu.
"Ibu, I love you!’’
Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.


IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung. Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk.
ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku.
"Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa. Wajah ibu amat syahdu sekali. Sambil berdiri, ibu berkata,
"Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian.
"Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’


"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti.
"Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut.
"Ibu…’’
"Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah.
"Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’
"Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku.
"Ibu… ibu dah tak ada.’’ Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu.
"Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.

"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.

Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

Ujian ALLAH dalam pelbagai bentuk

"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata.
“kakak…”

Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

26 November 2008

Martabat Istiqamah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Firman Allah s.w.t.: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang lurus(benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu.” Surah Hud:112

Dato’ Hj Dusuki Ahmad dalam bukunya Kamus Pengetahuan Islam mencatatkan bahawa istiqamah itu ialah: “tetap hati, tekun dan terus-menerus menggiatkan usaha untuk mencapai cita-cita.” Menurut definisi ini, kita fahami bahawa individu yang mudah lemah semangat, mudah patah hati, mudah kecewa, kerja sambil lewa, tidak tetap pendirian, pemalas dan suka ponteng adalah individu yang tidak istiqamah.

Sebenarnya istiqamah itu lebih meluas pengertian, konteks dan kehendaknya dari sekadar kosisten. Sebagaimana pengertian akhlak dan etika. Akhlak itu lebih syumul, murni dan berpahala serta didorong oleh iman, manakala etika hanya sifat yang dibiasakan pada waktu dan ditempat tertentu tanpa dikaitkan dengan iman. Etika belum tentu kekal menjadi pakaian diri berbanding dengan akhlak yang telah sebati.

Istiqamah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, baik rohaniah atau jasmani, baik hablumminallah (hubungan dengan Allah) mahupun hablumminannas (hubungan dengan manusia). Istiqamah yang paling utama adalah istiqamah di dalam aqidah dan keimanan. Hati mukmin tidak akan goyah dan goyang walau diuji seberat mana sekalipun.

Imannya sama sekali tidak dicelahi penyakit syak, zdan dan waham iaitu kategori penyakit ragu-ragu dan kurang yakin. Pendek kata, mukmin itu tetap dan lurus di dalam keimanannya.

Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu berasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu’.” Surah Fussilat:30

Jodoh Itu Ketentuan Allah s.w.t

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Para Pencari CintaMu Illahi

Setiap orang seharusnya berusaha menjadi ‘sahabat’( hamba yang dekat denganNya) Allah, kerana Tuhan tidak pernah menolak para hamba dari mendekatiNya. Alasan utama mendatangi majlis Ilmu dan Zikir, mendalami ilmu-ilmu agama adalah untuk menyiapkan diri meraih kedekatan itu.

Namun perlu diingati,tidak seorang pun dapat menjadi ‘sahabat’ Tuhan tanpa menjadi sahabat bagi semua hamba-hambaNya. Hamba-hambaNYA yang dimaksudkan adalah para nabi dan rasul, khususnya Nabi Muhammad saw, para sahabatnya, dan pewaris para nabi iaitu golongan ulama’. Adalah mudah mengaku sebagai sahabat Tuhan, tetapi tidak mudah menjaga keselarasan dengan sesama manusia. Pencapaian kedekatan dengan ‘jiwa-jiwa’ para kekasih Allah adalah bukti kehambaan seseorang kepada Tuhan.

Mungkin saat ini, selama kamu berada di medan menuntut Ilmu dan majlis Zikir, mudah untuk merasakan kedekatan kamu dengan Allah kerana didampingi teman sesama pencari kebenaran. Namun ketika kembali ke tempat asal akan merasa kesusahan kerana berada bersama mereka yang terkadang tidak mengerti. Maka ingatlah! Bila seseorang hamba telah menjadi 'sahabat' Tuhan, semua orang akan menjadi sahabatnya. Berhasilnya pencapaian kedekatan ini adalah sebuah tanda pengakuan yang berasal dari Hadrat Ilahi.Bukanlah dimaksudkan secara zahir menjadi menarik atau tertarik pada mereka tetapi tarikan melalui hati yg murni.

Guruku pernah bercerita padaku tentang kisah sepohon bunga di India yang tumbuh hanya di tempat-tempat yang tidak terjangkau dan anehnya selalu dikelilingi oleh ular-ular. Bunga-bunga itu menghasilkan bau wangi yang amat kuat dan siapa yang mengenakan wangian dari bunga tersebut akan dicintai oleh semua orang. Lalu aku katakan: "Guruku, izinkanlah saya pergi mencari bunga itu". Namun jawapan beliau: "Nazim Effendi, tak perlu engkau ke sana. Sepanjang kamu bermuraqabah (waspada) akan Tuhan-mu setelah tengah malam (walaupun hanya sebentar) maka Allah akan menganugerahimu dengan sebuah daya tarikan yang banyaknya 70 kali lebih kuat dari wangi bunga itu. Bahkan jika kamu hanya bangun di akhir-akhir waktu malam ketika yang lain masih tertidur, bahkan tidak melakukan solat, maka keajaiban akan muncul dan kamu akan penuh daya tarik seperti mana wangi bunga itu".

Siapapun yang bangun pada waktu-waktu itu akan meraih perhatian Tuhannya kerana di waktu-waktu itu, Tuhan mencari permohonan ampun hamba-hambaNya untuk diampunkan dosa mereka, meredhai mereka, melimpahkan rahmatNya, bahkan memperkenankan doa mereka . Untuk itu sahutlah sarananku untuk bangun beberapa saat di sepertiga malam, Walaupun hanya 5 minit saja. Anda harus mujahadah (bersungguh), dengan keadaan suci / wudhu, lalu katakan pada Tuhanmu: Ya Tuhanku, datanglah padaku karena aku tidak mampu mendatangi-Mu. Do’a semacam itu cukup untuk memberi kamu perlindungan penuh sepanjang hari itu dan menjadikan kamu sebagai seorang ‘sahabat’ yang ditemani Tuhan.

Manusia melangkaui hari-harinya yang datang dan pergi, dan di malam hari mereka kembali pada kekasih hatinya. Itulah kehendak Tuhan, meminta kamu untuk bersamaNya saja, bahkan hanya untuk 5 minit daripada sekalian waktu kita yang digunakan untuk tidur atau bersenang-senangan. Siapa yang kembali pada Tuhannya di malam hari akan merasakan Allah itu dekat dan mampu untuk pasrah padaNya walaupun di saat-saat waktu yang terberat sekalipun.

Wallahu Waliyyuttaufiq



*Intipati dari tazkirah Sheikh Nazim Al Haqqani, Ulama sufi Kepulauan Cyprus.