29 November 2009

Rahmat di sebalik Musibah

WAHAI Mujahid dan Mujahidah, sedarlah kamu bahawa musibah merupakan satu rahmat. Musibah bukan satu penyiksaan tapi musibah merupakan jalan untuk kita menghampiri Allah 'azza wajalla.

Iman kepada Qada' dan Qadar Allah adalah asas utama untuk bersikap positif apabila ditimpa musibah. Jika musibah yang menimpa diri dianggap sebagai ketidakadilan Allah, bererti iman orang tersebut belumlah memadai, pengertiannya terhadap agama belum mencukupi.

Di dalam Al-Quran ada menyebut: "Dan terdapat manusia yang menyembah Allah dan menempatkan dirinya di bahagian tepi, jika ia beroleh kebaikab maka tenteramlah hatinya, tapi jika ia diuji dengan musibah, maka ia berputar ke belakang, maka rugilah ia di dunia dan akhirat. Demikianlah kerugian yang nyata." (Surah Al-Hajj: 11)


1. TIDAK SEMUA MUSIBAH BERERTI KEMURKAAN ALLAH

  • Musibah menurut Islam mempunyai makna serta pengertian yang luas. Tidak setiap musibah bererti kemurkaan dari Allah, sebagaimana tidak setiap nikmat adalah ujian daripada Allah. Ini terserah kepada sejauh mana keimanan manusia menerimanya.Firman Allah SWT yang bermaksud: " Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan denagn berkata: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang sebelum mereka, nescaya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)


2. UJIAN PENGHAPUS DOSA
  • Allah telah menjadikan musibah sebagai tangga untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang yang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar. Terdapat hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan musibah yang paling buruk, kerana sebagai balasannya nanti di akhirat adalah pahala besar.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Semua yang menimpa orang Islam, seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk dari duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya." (HR. Bukhari)
  • 3 Berita Gembira bagi orang-orang yang sabar:
** Beroleh keampunan daripada Allah.
** Beroleh rahmat dari Allah.
** Dimasukkan Allah ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).


3. KEKUATAN IMAN MERINGANKAN UJIAN
  • Bagi meringankan perasaan seseorang yang ditimpa musibah perlu adanya kekuatan keimanan serta keyakinan bahawa musibah tersebut datang dan ditentukan oleh Allah SWT, tidak ada kuasa apapun yang boleh mengahalangnya.Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak berlaku musibah di bumi dan pada diri kamu kecuali telah ditentukan sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian mudah bagi Allah. (Tujuannya) agar kamu tidak putus asa atas sesuatu yang luput daripada kamu dan tidak (terlalu) bergembira atas nikmat yang diberikan kepada kamu." (Surah Al-Hadid: 22-23







22 November 2009

Ya Zumala'i!!

ASSALAMUALAIKUM


Lame da x post buletin. Rindu lak kt blog ni. Erm skg ni musim exm kn. Lg2 for candidate SPM 2009. Semoga Najah ye.. Bg yg nga cuti sekolah tu, guneknla mase yg ade tu gn wt bnda2 brfaedah ek. Kalw leh tlg ayh ibu tu. Mase ni la kte nk brbakti gn mereka. Bg calon2 UPSR,PMR,SMA n SPM 2010, mse ni la nk wt revision subjek2 yg lepas. Cuti sekolah xbermakna kte cuti dr belaja. Kalw kte tye kakak abg kte yg brjaye tu, cuti sekolah mereka msti ade waktu utk wt revision sbb revision tu pnting sgt tw..
Same2la kte brmuhasabah dri. KrnA setiap kjayaan yg akn kte gapai brgantung pd usaha yg kte lakukn. Kalw 100% usaha dsertai amal2, insyaAllah 100% jugakla yg akn kte dpt. Jgnla sekali2 kte hampakn harapan ibu ayh kte ye..
Mudah-mudahan kte sume menjadi anak yg soleh solehah..amin...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tanpa mereka (IBU AYAH) siapalah kita di sini..