13 August 2009

..Perginya Tak Kembali..



3 Ogos 1969-2009

13 Ogos 2009
bersamaan dgn 22 Sya'ban 1430H pd jam 11.00 pg di Hospital Pantai,Bangsar..
Perginya seorg pendakwah dan penghibur yg telah banyak menyumbang bakti membangunkn bangsa dan agama dlm dakwahnya melalui alunan irama nasyid.. Beliau ialah Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim,40, yg merupakan vokalis dlm kumpulan RABBANI.. Pemergian beliau amat dirasai seluruh penggiat dan peminat nasyid.. Terlalu besar pengorbanan beliau dlm memastikan setiap insan tidak terlalai dgn dunia yg fana..
Wahai kwn wahai teman, ingatlah bahawa hidup didunia hanya sementara, setiap yg DATANG pasti akn KEMBALI kpd Pencipta 'Azza Wa Jalla..
..Al-Fatihah..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi